usahawan asas tani

Usahawan asas tani

Usahawan asas tani adalah perkara yang tidak asing lagi pada masyarakat sekarang, dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengusahakan projek-projek mereka kita dapat bermacam-macam dan pelbagi jenis sumber makanan, malah banyak menyumbang kepada ekonomi negara kita,selain daripada mencari keuntungan hasil titik peluh merka dengan cara tidak langsung meraka juga menjalan kan satu ibadah yang dituntut.

Minat yang mendalam dalam bidang sektor pertanian adalah satu bidang yang sangat menguntungkan dan mempunyai masa dapan yang cerah di masa hadapan, walau ada kala nya harga pasaran hasil asas tani ini turun naik.Pada seorang yang bergelar usahawan asas tani tidak terlepas dari risiko-risiko yang tidak disangka akan datang menduga ketabahan dan kecekalan mereka untuk meneruskan usaha mereka,malah itu semua manjadi cabaran meraka untuk terus maju kehadapan dan akhir nya menjadi seorang usahawan asas tani jutawan……

pengenalan hasil asas tani

Menternak ikan makanan dan ikan hiasan adalah satu aktiviti ekonomi yang mampu memberikan keuntungan yang lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh pada sekala yang cukup besar yang mampu memenuhi permintaan domestik dan eksport.
Selain daripada kemahiran teknikal dan pengurusan yang secukupnya, penggunaan teknologi-teknologi terkini yang berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran hasil mesti digunakan bagi mencapai kecekapan dalam penghasilan dan penjualan.
Walaupun modal merupakan asas kepada kejayaan sesuatu projek menternak ikan air tawar, sepertimana juga lain-lain usaha pengeluaran produk ialah pasaran dan keberkesanan usaha-usaha pemasaran dan penentuan harga yang dipilih dan dilaksanakan dengan sebaik- baik nya.

Google